Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri menjadi individu pertama menerima suntikan Covid-19. Jelas Perdana Menteri, ini bagi meyakinkan rakyat vaksin itu adalah selamat.

Seterusnya akan diberi kepada petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar.

Kumpulan sasaran ialah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

Beliau turut mengajak semua pihak menghayati kebiasaan baharu dalam menjalani kehidupan harian walaupun selepas menerima suntikan vaksin.

[fbcomments]