fbpx

Polis telah membuka satu kertas siasatan susulan penyebaran satu video yang memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan dipukul dan ditampar oleh seorang suspek lelaki dimana videonya mula tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, insiden yang dirakam dalam video berdurasi 44 saat itu dipercayai berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju.

“Kejadian dipercayai melibatkan saspek warga Pakistan dan mangsa warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Mangsa ketika bertugas dengan berpakaian seragam pengawal keselamatan didatangi saspek sebelum dipukul menggunakan sebatang kayu.”


[fbcomments]