Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh sebutan semula kes Pegawai Kanan Polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa merempuh seorang pelajar Sekolah Menengah di Taman Jati, Meru Raya, Ipoh, Perak hingga menyebabkan kematian pada Disember 2023.

Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dalam pada itu, Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 November ini hingga 17 Januari 2025, manakala 1 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Tertuduh diwakili oleh Jacky Loi, Lim Chi Chau dan M. Kuhan.

Fakta Kes

Terdahulu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh terhadap mangsa yang bernama Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, pada 15 Disember 2023 antara pukul 12.05 dan 12.40 tengah hari.

Semasa prosiding, tertuduh dibacakan semula pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibicarakan.

Turut hadir, saudara lelaki Allahyarham iaitu Zarul Fitri Muhd Zamrie dan beberapa saudara maranya serta peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.

Tertuduh pertama kali didakwa di Mahkamah Majistret pada 18 Disember 2023 sebelum pihak pendakwaan meminta kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kredit: Harian Metro

 

[fbcomments]