Bom yang meragut nyawa seorang pelayan di sebuah restoran di Pandan Indah, dipercayai telah dikawal menggunakan sistem kawalan jauh.
Menurut Datuk S Sasikala Devi, Pemangku Ketua Polis Selangor, dua suspek yang merupakan kenalan dan juga pasangan dipercayai berada berdekatan lokasi kejadian ketikan insiden berlaku.
“Ya, kami percaya ia adalah bom yang diletupkan menggunakan sistem kawalan jauh,”
“Saya boleh sahkan motif pembunuhan adalah kerana sebab peribadi”
Menurut laporan FMT, suspek berusia 33 tahun itu merupakan seorang kontraktor pembinaan, berdasarkan pelbagai barangan dirampas dalam serbuan di kediamannya di Serdang, Kedah.
Antara barangan dan peralatan yang dijumpai polis di rumah suspek, dipercayai digunakan untuk menghasilkan bahan letupan, termasuk bilah mata pisau pemotong kertas dan mercun bola.
“Suspek juga berminat menghasilkan bahan letupan, selain mempelajari cara pembuatannya dengan merujuk kepada video dalam talian.
Pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil keterangan daripada 36 individu yang mempunyai hubung kait dengan kes.

Kejadian pada 29 Disember lepas, seorang pelayan restoran maut apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam.