Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video berdurasi 14 saat yang memperlihatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu dipasang pelekat tulisan Hebrew di bahagian sisi.

Tulisan berkenaan membawa maksud “Malaysia di tangan kami”, sekali gus mencetuskan kebimbangan serta perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSU2Yoecy/

Polis Siasat Isu Pacuan Empat Roda Guna Pelekat Tulisan Hebrew “Malaysia Di Tangan Kami”

Ekoran penularan video tersebut, pihak polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti pemilik serta tujuan pelekat provokatif itu digunakan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pengadu membuat laporan selepas melihat video berdurasi 14 saat yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Isuzu dipasang pelekat bertulisan Hebrew di bahagian badan kenderaan terbabit.

“Siasatan awal mendapati tulisan terbabit membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita/ Malaysia di tangan kami’ dan kenderaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan,” katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana berpotensi menimbulkan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. Pihak polis katanya, akan menjalankan siasatan secara telus bagi memastikan keharmonian dan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Kredit: Buletin TV3

 

 

[fbcomments]