Pihak polis kini menjalankan siasatan terhadap tindakan segelintir peserta Himpunan Turun Anwar yang membawa patung menyerupai Perdana Menteri semasa perhimpunan yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Patung Mirip PM Dibawa & Disebat Dalam Himpunan Turun Anwar

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, patung berkenaan dikesan berhampiran kawasan Masjid Negara dan pihak berkuasa telah merakam bukti video di lokasi.

Siasatan kes dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang semasa perhimpunan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Setakat ini, sebanyak empat laporan polis telah diterima iaitu satu berkaitan patung tersebut, manakala tiga lagi membabitkan penggunaan dron tanpa kebenaran yang telah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]