Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekelilingnya pada Jumaat lalu telah mengumumkan bakal memasuhkan lapan elaun bermula tahun depan antaranya BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan serta beberapa elaun lagi.
Perkara ini telah menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, yang tidak bersetuju dengan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Krtikal yang baru dilantik.
Menerusi rakaman video di Twitter rasminya berkata, tindakan pemansuhan elaun kritikal tidak wajar khusus bagi doktor dan jururawat muda.
Tindakan pemasuhan dianggap satu penganiayaan kepada mereka yang sememangnya sudah bekerja lebih masa dengan gaji yang kurang daripada kadar sepatutnya.
Saya tahu perkara ini kerana baru sahaja melalui pembedahan apendisitis di hospital kerajaan yang berikan rawatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia.
Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka dan tidak menganaktirikan kerana ini adalah tanggungjawab bersama.
Pandangan Syed Saddiq yang meminta pemotongan elaun ahli politik dan menteri berbanding elaun kritikal mendapat pujian warganet yang menganggap hanya menteri itu memahami bebanan dan keluhan anak muda.
Moga semua Menteri di Malaysia mengikuti tindakan yang dilakukan oleh Syed Saddiq ini!