fbpx

Nama penuhnya ialah Dr. Kang Kyoung Seok. Ye, dia memang orang Korea yang dah jatuh cinta dengan tulisan jawi tu semasa dia mengambil ijazah di Universiti Hankook, Korea Selatan pada tahun 1974.

Dia jadi sangat minat dengan tulisan Jawi sampaikan dia belajar sendiri macam mana nak buat tulisan Jawi tu dan pada tahun 1984, dia buat keputusan nak datang ke Malaysia sebab nak belajar Jawi lebih dekat.

Malah dia juga telah mendapat gelaran Doktor Falsafah dari Universiti Malaya dan kini dah lebih 40 tahun dia mengkaji tulisan Jawi.

Nak majukan Jawi sampai satu dunia tahu…

Impian Dr. Kang Kyong Seok ni memang besar, nak majukan Jawi sampai satu dunia tanpa mengira bangsa dan agama kerana Jawi ni dilihat sebagai suatu khazanah sejarah yang tak sepatutnya hilang.

Untuk penuhi impiannya, dia dah mulai bina Jawiologi, iaitu pengenalan semula sistem tulisan Jawi dengan terangkan sekali perkembangan bentuk tulisan Jawi tu supaya semua dapat faham.

Kerana kepakaran ini juga, dia sanggup pulang ke negara asalnya demi nak ajar warga Korea pasal sistem tulisan Jawi. Pada 2016, Daegu University of Foreign Studies (DUFS) dah mulakan pengajian kebudayaan Melayu dengan memberi fokus pada pengajian tulisan Jawi ni. 

Jawi adalah sebahagian dari sejarah

Dr. Kang Kyoung Seok sendiri bukanlah berbangsa Melayu, dan bukan juga beragama Islam (setakat yang kami tahu), namun kenapa mesti orang luar yang bersungguh-sungguh nak belajar tulisan Jawi ni?

Malah Prof Kang juga berpendapat ia sepatutnya dijadikan tulisan yang universal untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Lagipun kalau nak diikutkan, sebelum tahun 1960an, semua rakyat Malaysia (Tanah Melayu masa tu) boleh je terima sistem tulisan Jawi ni tak kira apa bangsa sekali pun.

[fbcomments]