Pengalaman hitam dilalui oleh salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, terus menjadi perhatian selepas beliau mendedahkan detik memalukan yang dialaminya ketika ditahan rejim Israel.
@malaysiatribune Pendedahan oleh PU Rahmat tentang bagaimana beliau dibogelkan oleh tentera haram Israel ketika berada dalam tahanan semasa misi GSF. Video : Ahmad Nazrin Abu Bakar #beritasemasa #beritatiktok #kerajaanmadani #malaysiatribune #palestine #gaza #gsf #mapim #sumudnusantara purahmat @purahmat
PU Rahmat Dedah Dihina Tentera Israel, Dibogelkan Tiga Kali Sepanjang Tahanan
Dalam perkongsian bersama peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar, PU Rahmat menceritakan bahawa dirinya dipaksa menanggalkan pakaian sebanyak tiga kali oleh pihak berkuasa Israel. Katanya, prosedur itu dilakukan dengan alasan kononnya bagi memastikan tiada senjata disembunyikan pada tubuhnya.
“Saya sendiri tiga kali kena bogel, saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati dalam keadaan bogel. Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera.
“Kedua di imigresen, ketiga di penjara. Tiga lapisan, tiga kali saya dibogelkan jadi nampak sangat mereka takut dengan senjata,” katanya.
![]()
Selain melalui penghinaan fizikal, PU Rahmat turut menggambarkan bagaimana rasa takut jelas terpancar pada wajah tentera serta pegawai Israel ketika berdepan dengan aktivis misi GSF. Katanya, walaupun rejim Zionis terkenal dengan kekuatan ketenteraan, tindakan mereka tidak menunjukkan keberanian, sebaliknya penuh rasa curiga dan berhati-hati.
“Apabila tentera Israel tentera haram masuk, kita boleh lihat pergerakan mereka bukanlah tersusun sangat. Walaupun kami bukan dari latar belakang ketenteraan, jelas mereka bertindak dengan penuh berhati-hati, malah ketakutan.
![]()
“Kami balas, ‘engkau pembunuh anak Palestin.’ Terus dia lari. Kalau dia betul berani dan berkuasa, tentu dia lawan, tapi tidak, dia takut. Apa lagi yang dia boleh kata?” ujarnya lagi.
Menurut PU Rahmat, pengalaman itu membuktikan bahawa ketakutan rejim Israel bukan sekadar dalam kalangan tentera bawahan, tetapi merangkumi seluruh lapisan mereka termasuk pihak atasan.
Kredit: TikTok malaysiatribune