Pendakwah bebas, PU Rahmat mendedahkan beliau bersama aktivis kemanusiaan lain yang menyertai misi Global Sumud Flotilla telah bersiap sedia dengan langkah drastik, iaitu membuang telefon bimbit, komputer riba dan kamera ke laut sekiranya mereka dipintas askar Israel.
@umitihah_ Replying to @nitaharon398 jom dengarkan penjelasan dari persoalan² yang ditanyakan oleh viewer live #purahmat #globalsumudflotilla #sumudnusantara
PU Rahmat Sedia Buang Telefon Jika Misi Flotilla Dikepung Askar Israel
Menurut Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, tindakan itu penting bagi mengelakkan data peribadi serta maklumat ahli misi disalahgunakan pihak rejim Zionis. Katanya, sekiranya peralatan komunikasi mereka dirampas, risiko besar menanti kerana tentera Israel mampu mengakses maklumat peribadi termasuk keluarga dan rakan-rakan aktivis.
“Telefon akan dibuang ke? Ya akan dibuang. Kalau kita dipintas dan dikepung askar Israel, telefon akan terus dibuang sebab kita tak nak mereka ‘sedut’ maklumat kita. Mereka akan ‘sedut’ maklumat kemudiannya cari siapa keluarga kita, kawan-kawan kita dan mereka akan kacau.
![]()
“Jadi, sebab itulah buang telefon, laptop dan kamera kami akan dibuang ke laut,” katanya.
Kenyataan tersebut menarik perhatian ramai yang bimbang akan keselamatan sukarelawan terbabit, namun pada masa sama ramai netizen menitipkan doa agar perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat sehingga sampai ke destinasi.
Untuk rekod, PU Rahmat dilaporkan sudah tiba di Tunisia pada Isnin sebelum berlayar ke Palestin bersama 24 kapal flotilla yang membawa lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara, termasuk Malaysia. Misi tersebut bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terus ditindas.
![]()
Selain beliau, dua selebriti tanah air iaitu Zizi Kirana dan Ardell Aryana turut menyertai misi bersejarah ini bersama ratusan aktivis lain dari seluruh dunia.
Kredit: TikTok umitihah_