Kisah peninggalan Shuib Sepahtu daripada program Sepahtu Reunion Live menjadi semakin hangat apabila ibu Shuib, Salamiah Jalani membuka mulut menceritakan hal sebenar.
Ibu kepada pelawak itu tampil bersuara untuk mempertahankan Shuib yang padanya sering ditindas seperti tidak bermaruah oleh sahabat baik sendiri.
Dalam hantaran Instagram miliknya, Shuib telah dilayan dengan teruk oleh ‘sahabat’ yang merupakan rakan sepejuangan sejak belum bergelar artis lagi. ‘Sahabat’ itu tidak mempertahankan Shuib malah turut menghina dan memaki di hadapan orang ramai.
Tambahnya, ketika Shuib disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pelawak itu telah dilayan seperti sudah bersalah termasuklah diperli dan dimalukan di bilik mesyuarat.


Untuk apa jadi baik depan orang ramai tetapi..
Baginya, seorang ‘sahabat’ tidak patut begitu. Apatah lagi hanya menunjuk baik didepan orang ramai tetapi berubah karakter di belakang.
Katanya Shuib memberi jawapan tergantung selama ini demi menjaga aib sahabatnya itu. Dia juga rela meletakkan jawapan pergi dari SRL kerana Astro untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Salamiah menyatakan dia bukan mahukan publisiti murahan tetapi sebagai seorang ibu yang melihat kesedihan dan kemurungan anaknya ketika itu dia nyata menyokong tindakan Shuib menarik diri dari SRL. Dia juga rasa perlu untuk bersuara kerana anaknya telah berdiam diri selama bertahun-tahun.


Tolak duit dan minat kerana maruah
Shuib dikatakan menolak minat dan nilai duit demi mempertahankan maruah dirinya selain mahu bekerja dengan hati yang tenang dan gembira.

Terdahulu, Jep Sepahtu ada membuat penjelasan tentang ketiadaan Shuib dalam SRL. Dia juga mengatakan kenyataannya bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya sebagai penjelasan kepada orang ramai yang bertanya tentang Shuib yang kini bergerak bersama kumpulan lain demi menjayakan program komedi di televisyen.
Sumber: Instagram Salamiah Jalani