Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebatang aiskrim Malaysia bersaiz kecil dan halus hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSBaTX17x/

Video Aiskrim Malaysia Saiz Pensil Tular, Cetus Perdebatan Netizen

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna @shuaini7 yang dilihat memegang aiskrim berwarna merah jambu dengan saiz yang disamakan seperti sebatang pensil. Difahamkan, video itu dirakam ketika beliau menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Rakaman berkenaan yang meraih 1.9 juta tontonan menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan saiz unik aiskrim tersebut dan menyifatkannya sebagai versi paling kecil pernah dilihat.

Meninjau reaksi di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur dan teruja, selain ada yang menyatakan bahawa trend aiskrim bersaiz mini itu sebenarnya sudah mula diperkenalkan sejak tahun lalu oleh peniaga-peniaga tempatan.

Menurut netizen, aiskrim bersaiz pensil kini semakin popular dan sering dijadikan pilihan untuk majlis seperti kenduri kahwin dan sambutan hari jadi kerana bentuknya yang comel serta mudah dinikmati terutama oleh kanak-kanak.

Walaupun saiznya jauh lebih kecil berbanding versi asal, ramai yang menganggap inovasi itu sebagai usaha kreatif peniaga dalam mengetengahkan semula makanan nostalgia dengan pendekatan baharu yang lebih menarik dan praktikal.

Kredit: TikTok shuaini7

 

[fbcomments]