fbpx

Seorang wanita disyaki mencuri sebuah beg tangan ketika berquiamullail dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada Ahad lepas.

Pura-Pura Qiamullail, Rupanya Curi Beg Tangan Orang Lain

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @mynewshub di laman X, ia memaparkan seorang wanita yang mengenakan baju belang-belang sedang membelek dan menyelongkar sebuah beg sebelum bertindak melarikan beg tangan tersebut bersamanya.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam kira-kira 5.50 pagi ketika jemaah sedang sibuk bersahur selepas berqiamullail. Wanita terbabit dikatakan telah mengambil duit dan membawa beg tangan yang bewarna merah jambu itu seolah-olah ianya adalah kepunyaannya.

Selepas video ini tular di media sosial, pihak polis telah mengesahkan kejadian selepas menerima laporan dan kini mereka sedang giat mengesan suspek.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa melihat kes kecurian masih berlaku meskipun berada di bulan yang mulia.

Kredit: X mynewshub

[fbcomments]