Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ahli keluarga bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa selepas menemui bungkusan kecil yang diikat benang di atas pusara Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad (ayah kepada Muhyiddin) yang dipercayai akibat perbuatan syirik.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYfRp1RS/
Bungkusan Yang Dijumpai Umpama Sihir
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @dnlfrhn11 di laman TikTok, dapat dilihat banyak bungkusan kecil berwarna putih di atas pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar, Johor.
Menurut pengguna sosial media yang meninggalkan komen pada video tersebut, mereka memaklumkan bahawa bungkusan tersebut seakan buhul sihir iaitu sihir untuk membunuh atau menyebabkan sasaran sihir lumpuh anggota badan.
Bukan setakat pusara Allahyarham sahaja, malah bungkusan kecil itu juga turut ditemui di pusara isteri Allahyarham Mohamad Yassin.
Berdasarkan laporan Sinar Harian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal meluahkan rasa sedih dan mengutuk sekeras-sekerasnya perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian.
Dr Sahruddin meminta ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu agar segera membuat laporan polis.
Untuk pengetahuan, Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun dan beliau merupakan penerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.
Kredit: TikTok dnlfrhn11, Sinar Harian