Putera Arab Saudi, Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud, dilaporkan mangkat pada usia 36 tahun selepas berada dalam keadaan koma selama hampir 20 tahun akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2005.

Berita duka itu disampaikan oleh bapanya, Putera Khalid bin Talal, menerusi kenyataan rasmi di platform media sosial pada Sabtu, yang turut disertai dengan ucapan penuh kesedihan dan ketabahan menerima ketentuan Ilahi.

@user23517729484847

#السعودية #دعاء #الامير_النائم

♬ الصوت الأصلي – الأمير خالد بن طلال

Putera Al-Waleed bin Khalid Mangkat Selepas 20 Tahun Koma Akibat Kemalangan

Solat jenazah Putera Al-Waleed dijadualkan berlangsung pada hari yang sama, manakala majlis tahlil serta ziarah takziah akan diadakan selama tiga hari sehingga Selasa.

Difahamkan, Al-Waleed mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya ketika menuntut di sebuah institusi ketenteraan pada tahun 2005. Ketika itu, beliau baru berusia 16 tahun. Sejak kejadian itu, beliau kekal dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun menerima rawatan intensif daripada pelbagai pakar perubatan terkemuka dunia, termasuk dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Sepanjang tempoh itu, keluarganya tidak pernah berputus asa. Putera Khalid dilaporkan terus memberikan perhatian penuh terhadap anakandanya dan sering berkongsi perkembangan keadaan kesihatannya di media sosial.

Pada tahun 2019, satu video yang memaparkan Putera Al-Waleed didakwa menggerakkan kepalanya pernah tular, sekali gus memberi harapan kepada ahli keluarga dan rakyat yang mengikuti keadaannya sejak sekian lama.

Putera Al-Waleed dikenali ramai dengan gelaran “Putera Tidur” dan menjadi simbol ketabahan serta kepercayaan terhadap kuasa doa dalam kalangan rakyat Arab Saudi. Pemergiannya turut mendapat perhatian luas di serata dunia, khususnya dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan kesihatan beliau sejak sekian lama.

Kredit: X Allah_cure_dede, TikTok user23517729484847

[fbcomments]