Pelakon dan pengacara Qi Razali mengaku kini semakin terbuka dalam mencari pasangan hidup.
Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 45, berkata arwah bapanya antara yang terkilan apabila dia masih belum bernikah.
“Kalau dulu mungkin saya terlalu memilih calon isteri, tetapi sekarang tidak lagi. Apa yang penting, wanita itu boleh membahagiakan hidup saya, cukuplah,”
Mahu orang biasa berbanding seindustri
“Kalau hanya saya saja dalam industri seni lebih mudah untuk kami seimbangkan hubungan kerana susah untuk bercinta dengan pasangan yang sama-sama dalam bidang seni kerana banyak perkara dan hati yang perlu dijaga.
Qi juga menolak pandangan yang dia hanya mencari wanita yang cantik paras rupa sebaliknya berkata lebih mementingkan keserasian untuk berkahwin.
“Ada orang cakap, saya hanya memilih wanita yang cantik saja sedangkan saya mencari seseorang yang kena dengan jiwa dan calon isteri untuk perkahwinan jangka masa panjang,” katanya.
“Cantik itu memang perlu ada, tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya,”tambahnya lagi.
Pernah bernasib baik dalam percintaan
Qi juga berkata dia pernah bernasib baik dalam percintaan suatu ketika dulu tetapi usianya yang muda membuatkan dia tidak bersedia. Namum apabila dia telah bersedia, pasangan yang dijumpai pula sebaliknya.
Sekadar info, Qi pernah dikaitkan dengan penyanyi terkenal, Yuna dan juga pelakon Nelydia Senrose. Hubungannya dengan pengacara Nia Atasha Rosli, 26, juga berakhir dengan perpisahan.
Sumber: Harian Metro