fbpx

Pelakon dan pelawak senior iaitu Azlee Senario meluahkan rasa syukur dan terharu apabila peminatnya masih setia menyokong kegiatannya di media sosial.

Raih Pendapatan Hingga Cecah 5 Angka

Menerusi sumber OhBulan!, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 56, memaklumkan bahawa aplikasi TikTok banyak membantunya dalam memperoleh pendapatan sampingan yang tinggi nilainya. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak meminta untuk dikasihani ataupun mengemis dari pemberian ‘gift’ dari peminatnya di TikTok. Sebaliknya beliau berasa amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan peminatnya.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ada sahabat cadangkan saya untuk buat siaran langsung menerusi platform terbabit.

“Katanya boleh cari duit lebih dan terkejut apabila platform itu boleh jana pendapatan. Saya bersyukur orang beri gift sebanyak itu. Memang rasa terharu. Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500,” katanya.

Azlee turut mendedahkan bahawa beliau memperoleh pendapatan yang lumayan semasa membuat sesi siaran langsung di TikTok sehingga dirinya mampu untuk menampung komitmen bulanan seperti kereta dan rumah.

“Saya tak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.

“Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap itu pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” luahnya lagi.

Sempat Nasihat Untuk Memanfaatkan Platform Media Sosial Untuk Kegunaan Terbaik Buat Diri

Dalam masa yang sama, Azlee sempat menitipkan pesanan agar semua anak seni diluar sana dapat memanfaatkan platform tersebut dengan mengenepikan perasaan segan demi menjana pendapatan yang terbaik dan lebih baik buat diri sendiri.

“TikTok ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang dan mahu berkongsi rezeki.

“Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan gunakan platform yang betul, masyarakat sayang pada dia. Kita bukan minta sedekah tapi orang yang bagi, itu hadiah daripada orang ramai,” ujarnya.

Kredit: OhBulan!

[fbcomments]