Sekitar Konsert Cakra Khan yang diadakan pada Jumaat lalu di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, terdapat ramai rakan artis yang telah menghadiri konsert tersebut.

Tetapi yang menarik perhatian tentunya Puteri Sarah Liyana apabila kamera telah menghala ke arahnya sewaktu lagu Hal Hebat didendangkan. Perkara ini telah menggamatkan satu dewan dan membuatkan ramai berasa sebak mengingatkan permasalahan yang dilalui pelakon itu.

Lirik lagu yang seakan-akan bersesuaian dengan wanita itu telah membuatkan ramai turut bersorak memberi semangat buat Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah telah memuat naik momen tersebut di Instagram miliknya dan secara berseloroh telah mengajak Cakra Khan dan kumpulan Govinda untuk berkerjasama dan menghasilkan karya bersama.

Ternyata ajakan tersebut disambut baik oleh Ade Goovinda yang merupakan penulis lagu Hal Hebat dan juga gitaris dari kumpulan Govinda.

Pemuda itu memberi respons baik dan ‘melamar’ Puteri Sarah untuk berkolaborasi bersama. Sementara itu, pelakon Sabarlah Duhai Hati itu ada memaklumkan kepada Ade bahawa dia akan merealisasikan perkara itu selepas dia pulang dari mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.

Selain itu, penulis Indonesia itu juga di tag oleh orang ramai dan menerima banyak mesej dari peminat yang tidak sabar untuk melihat perkara itu menjadi realiti.

Respons balas PSL

Maklumat tambahan, Puteri Sarah telah ke konsert tersebut bersama rakan-rakan dah ahli keluarganya. Turut hadir ke konsert tersebut ialah selebriti lain seperti Fazura dan Fattah Amin, Dato’ Siti Nurhaliza, Catriona Ross, Datin Vida dan juga Hawa Rizwana.

Sumber: OhMyMedia

[fbcomments]