fbpx

Nama pemain bola sepak Selangor FC iaitu Faisal Halim kembali menjadi perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dirinya disimbah asid oleh individu tidak dikenali mula tersebar di seluruh laman sosial.

Video di bawah:

https://x.com/OnefootballM/status/1793480687875727546

Rakaman CCTV Faisal Halim Disimbah Asid Tular

Menerusi video yang dimuat naik oleh @OneFootball di laman X, kelihatan sosok tubuh seperti Faisal Halim sedang berjalan menuju ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama isteri.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, seorang lelaki yang memakai topi dan menutup wajah terlihat mengekori Faisal dari belakang sebelum menyimbah cecair ke tubuhnya, lalu melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang sedang menunggu di tepi jalan.

Sejurus selepas terkena cecair yang dipercayai asid, Faisal segera berlari untuk menyelamatkan diri, sementara seorang wanita yang dipercayai isterinya berusaha mengejar pelaku tersebut yang telah melarikan diri bersama rakannya yang menaiki motosikal.

Netizen Persoal Kesahihan, Video Tak Sama Dengan Kronologi

Walaupun begitu, netizen mula mempersoalkan kesahihan sama ada rakaman CCTV tersebut melibatkan Faisal atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat segelintir netizen yang menyatakan rakaman video tersebut dengan kronologi kejadian yang dikeluarkan oleh media Harian Metro sebelum ini terdapat sedikit perbezaan.

Dalam kronologi tersebut, Faisal dikatakan masuk di dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire sebelum disimbah asid tetapi video yang tersebar ini menunjukkan kenderaan yang berbeza.

Namun, ada yang mendakwa sosok tubuh individu di dalam video tersebut sama seperti pemain skuad kebangsaan itu.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung video yang kian tular itu.

Kredit: X OneFootball

 

[fbcomments]