Kebelakangan ini, kisah rumah tangga sepasang suami isteri mencetuskan perhatian luas selepas rakaman yang memaparkan seorang wanita membongkar kecurangan suaminya di sebuah klinik kesihatan menjadi tular di media sosial.
Video berkenaan bukan sahaja meraih jutaan tontonan, malah turut dijadikan bahan parodi oleh sebahagian netizen.
Isteri Lelaki Terlibat Isu Curang Tular Mohon Maaf, Rayu Hentikan Sebaran Video
Terbaharu, wanita yang terlibat tampil mengeluarkan kenyataan balas menerusi hantaran di media sosialnya. Dalam penjelasan itu, beliau secara terbuka memohon maaf atas tindakannya sebelum ini yang dianggap didorong oleh emosi dan rasa marah. Katanya, perkongsian video terbabit sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan hal peribadi yang menyentuh aib keluarga.
“Saya ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya kerana berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan keluarga. Saya akui, tindakan itu didorong oleh emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu berkenaan,” tulisnya.
Wanita berkenaan turut merayu agar orang ramai berhenti menonton, berkongsi, atau memperbesarkan rakaman tersebut kerana ia memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya dan suami, malah turut melibatkan anak-anak serta ahli keluarga lain. Beliau menegaskan, fokusnya kini adalah mencari penyelesaian terbaik terhadap krisis rumah tangga yang melanda menerusi saluran yang lebih wajar.
“Saya kini sedang berusaha menyelesaikan perkara ini melalui saluran yang betul. Saya berharap orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberikan sokongan, serta mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.
Kredit: TikTok izyanny