Kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, mengenai bantuan dari Malaysia kepada mangsa banjir di Sumatera telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia.
@muzakir_abd_rahman #kdnmadani #malaysia #tiktok #viral #fly KDN RI singgung kerajaan Malaysia tentang bantuan
Rakyat Malaysia Terguris Hati Dengan Kenyataan Menteri Indonesia, Dakwa Bantuan Diberi Tak Seberapa
Beliau menegaskan bahawa bantuan yang diterima bukan daripada kerajaan Malaysia, sebaliknya disalurkan oleh pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu, serta kebanyakannya terdiri daripada ubat-ubatan bernilai kira-kira RM300,000, yang dianggap kecil berbanding skala bencana dan kemampuan kerajaan Indonesia.
Tito turut menekankan bahawa sejak hari pertama bencana, kerajaan Indonesia telah menggerakkan peruntukan bernilai berbilion rupiah, merangkumi 52 daerah dan bandar yang terjejas, serta mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis, dan agensi berkaitan. Beliau memberi amaran bahawa salah tafsir bantuan luar boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri.
![]()
Kenyataan menteri itu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia yang merasakan sumbangan mereka tidak dihargai.
Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sombong dan tidak menghargai niat baik rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Indonesia pula tampil memohon maaf atas kelancangan kata-kata yang menimbulkan salah faham.
![]()
Tito menegaskan bahawa bantuan luar sentiasa dihargai, namun sumbangan berskala kecil tidak sepatutnya memberi gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada bantuan luar. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh dalam menangani bencana tersebut.
Kredit: TikTok muzakir_abd_rahman, Sinar Harian