Krisis politik dan protes besar-besaran yang melanda Indonesia ketika ini bukan sahaja mengundang simpati rakyat negara itu, malah turut mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Selain menzahirkan rasa dukacita dan doa agar keadaan kembali reda, terdapat warganet Malaysia memilih cara lebih kreatif untuk menunjukkan solidariti, iaitu dengan membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran di bandar-bandar utama Indonesia.

@lrspusp

Indonesian here. But physically I kt Malaysia. For all Malaysian, thank you somuch. MasyaAllah Tabrakallah. I rasa terharu gila tgk korg order grab belikan makanan, etc. Huhuhu Semoga kebaikan korg dibalas berlipat kali ganda oleh Allah Swt. Aamiin ya Rab. Love you lots 🥺🇮🇩🇲🇾

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Prihatin Krisis Indonesia, Rakyat Malaysia Pesan Makanan Atas Talian Sebagai Bentuk Sokongan

Makanan yang ditempah bukan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya disedekahkan kepada penduduk tempatan termasuk penghantar makanan yang turut terkesan dengan pergolakan tersebut.

Seorang pengguna media sosial, @larasatipusparasa, berkongsi rasa terharu apabila mendapati ramai rakyat Malaysia melakukan inisiatif itu.

“Untuk semua rakyat Malaysia, terima kasih banyak-banyak. Masya-Allah Tabarakallah. Saya rasa sangat tersentuh bila lihat korang sanggup order makanan untuk diberikan kepada rakyat sini. Semoga kebaikan ini dibalas berlipat ganda oleh Allah,” katanya melalui media sosial.

Tangkapan layar yang tular di platform sama turut memperlihatkan contoh pesanan nasi goreng bernilai 102,000 rupiah (kira-kira RM25) dengan catatan, “Tak perlu dihantar, makanlah sendiri atau kongsi dengan teman.”

Sementara itu, demonstrasi di Jakarta yang pada awalnya tercetus kerana bantahan terhadap kenaikan elaun perumahan Ahli Parlimen sehingga 50 juta rupiah (kira-kira RM13,000) sebulan serta dasar kerajaan yang didakwa membebankan, kini merebak ke beberapa bandar lain.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas kematian seorang penunggang Ojek, Affan Kurniawan, yang dirempuh kenderaan polis ketika demonstrasi. Setakat ini, sekurang-kurangnya enam nyawa dilaporkan terkorban.

Kredit: TikTok & Threads larasatipusparasa

 

[fbcomments]