fbpx

Dua orang pekerja pembersihan dikejutkan dengan penemuan tulang yang dipercayai rangka manusia di dalam sebuah bilik ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kuarters perumahan guru yang terletak di Mambakut, Beaufort, Sabah.

Rangka Dijumpai Di Rumah Terbengkalai Selama 5 Tahun

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Sinar Harian, difahamkan rangka tersebut ditemukan pada jam 8.53 pagi semalam oleh dua pekerja pembersihan. Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort iaitu Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin mendedahkan bahawa bangunan kuarters guru itu telah terbiar sejak lima tahun yang lalu.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan seluar namun badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat.

“Tempoh kematian dianggarkan sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja,” katanya.

Identiti & Punca Sebenar Pemergian Mangsa Masih Dalam Siasatan Polis

Tambah Weddrin Mojingkin lagi, identiti mayat masih belum dikenal pasti lagi, namun setakat ini tiada sebarang kesan perbuatan jenayah yang dikesan di lokasi kejadian. Kertas siasatan akan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan.

“Rangka tersebut telah dibawa ke Hospital Beaufort untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti si mati dan punca sebenar kematian. Usaha mencari ahli keluarga juga sedang dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung terus di Polis Balai Membakut bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]