fbpx

Seorang guru yang pernah tular di media sosial iaitu Mohd Khariri Mohamad Ramli hari ini telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi di Klang.

Meninggal Dunia Ketika Melakukan Aktiviti Senaman

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Mstar, guru besar sekolah tersebut memaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Khariri atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Ery menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 46 tahun. Difahamkan, Cikgu Ery meninggal dunia ketika melakukan aktiviti senaman di Telok Panglima Garang di Kuala Langat.

“Arwah rebah ketika mengetuai aktivti senaman bersama kumpulannya di taman berkenaan. Pihak perubatan cuba menyelamatkannya, namun dia disahkan meninggal dunia,”katanya ketika dihubungi media.

Bacaan Yasin Dibuat Di Sekolah Allahyarham Mengajar

Menurut guru besar itu lagi, Cikgu Ery merupakan guru sesi petang dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Bukit Tinggi dan pihak sekolah turut mengadakan bacaan Yasin buat Allahyarham di dewan.

“Salah seorang warga SK Bukit Tinggi Cikgu Khariri telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh”, jelas kenyataan di Facebook milik SK Bukit Tinggi.

Untuk info, Cikgu Ery pernah tular di media sosial setelah beliau berkongsi kisah penghijrahannya yang merupakan bekas mak nyah kepada lumrah biasa.

Kredit: Mstar, FB SK Bukit Tinggi

[fbcomments]