fbpx

Penyanyi Reedzwann memaklumkan dia menghidap penyakit anxiety disorder sedari 2019.

Dia memaklumkan penampilannya kurus kerana sakit yang dihidapnya. Pelantun lagu Tercipta Satu Senyuman itu berkata dia mengalami kesukaran untuk tidur lebih-lebih lagi pada peringkat awal penyakit itu.

“Saya malu untuk pergi psikiatri, jadi saya upah seorang doktor yang boleh jaga saya.”

“Saya tak nak makan ubat tidur, risau terlalu bergantung pada ubat selama-lamanya.”

“Doktor saya follow up dari hari ke hari, minggu ke minggu dan sebulan sekali. Lama-lama saya terbiasa dengan hidup yang rasa normal.”

Pesanan Untuk Kuat Teruskan Hidup

Reedzwann juga memesan orang yang turut menghidap penyakit sama untuk kuat meneruskan hidup.

“Doktor pesan untuk anggap anxiety sebagai hadiah untuk teruskan hidup.”

Reedzwann juga memberitahu perkara itu kepada umum agar tiada salah faham yang berlaku ke atasnya. Katanya dia kurus bukan kerana mengambil ‘barang’ tetapi sebab penyakit tersebut.

Sumber: mStar

[fbcomments]