Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang rekaan baju Sukan Olimpik untuk para atlet yang dikatakan telah mengecewakan rakyat Malaysia, di mana rata-rata netizen mengatakan bahawa design baju yang diperkenalkan serupa ala kadar dan dilihat seperti baju sekolah.
Terbaharu, Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin tampil memberi respon dimana beliau memberitahu tidak ada gunanya jika rekaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 cantik sekiranya mereka gagal memberikan kilauan emas buat negara.
Tak Dapat Emas Pun Tak Guna Kalau Baju Cantik
Hamidin menjelaskan tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini mempunyai tujuannya tersendiri.
Katanya, warna tersebut memberi tujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.
“Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas…warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.
“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam… kalau baju cantik, tak dapat emas pun tak guna,” ujarnya.
Tiada Masalah Dengan Warna Bendera Malaysia
Pada masa yang sama, Hamidin turut menjelaskan bahawa penggunaan bendera Malaysia di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut yang kurang tepat seperti dibangkitkan di media sosial adalah sebenarnya merupakan logo rasmi MOM.
“Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah,” katanya.
Hamidin yang juga merupakan Timbalan Presiden MOM berkata, rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024 bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi.
Hamidin turut mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024.
Sementara itu, Hamidin meminta semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara Sukan Olimpik kali ini yang akan dibuka secara rasmi pada 26 Julai tak lama lagi.
Kredit: Youtube Flash Sukan