fbpx

Seorang remaja berusia 23 tahun diberkas polis akibat membunuh ibu kandung dan menetak bapanya dengan menggunakan sebilah parang, dipercayai berlaku di Jawa Barat, Indonesia.

Terasa Hati Dan Simpan Dendam Punca Pembunuhan

Menurut sumber yang dilihan dari Kompas TV, suspek yang dikenali sebagai Rifki Azis Ramadhan bertindak untuk mencederakan ibu bapanya pada Khamis yang lalu. Ketua Polis Cimanggis, Arief Udiharso memaklumkan suspek mendedahkan beliau sering dimarahi oleh orang tuanya sejak kecil sehingga melontarkan kata-kata yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, Rifki terasa hati dan menyimpan dendam terhadap kedua ibu bapanya sehingga memutuskan untuk membunuh ibu dan menetak bapanya dengan kejam.

Diherdik Tidak Pernah Membanggakan Keluarga

“Menurut Rifki, bapanya lontarkan kata-kata ‘kau dari lahir sampai sekarang, cakap satu perkara yang pernah buat orang tua kau bangga?’. Memang ada informasi yang kita peroleh dari tersangka ini bahawa sejak dari awal sekolah rendah hingga sekolah menengah sering dimarahi”, jelas Arief Udiharso.

Kini, bapa kepada suspek cedera parah akibat ditetak manakala ibunya telah meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, polis telah memberkas Rifki atas kesalahan membunuh dan bakal dipenjarakan seumur hidup atau 20 tahun penjara.

Kredit: Kompas TV, OHBulan!

[fbcomments]