Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sebuah kereta melanggar motosikal hingga penunggangnya terjatuh di Jalan Oya berhampiran SMK St. Elizabeth, Sibu.
Insiden berdurasi 1 minit 20 saat itu turut memperlihatkan pemandu terbabit melarikan diri sambil merempuh beberapa kenderaan lain, sebelum berjaya ditahan pihak polis.
@thelifeofphiyoo._
Pemandu Positif Dadah Ditahan Selepas Rempuh Motosikal dan Lari dari Tempat Kejadian
Siasatan awal mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing. Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum lima tahun, didenda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen minimum dua tahun.
![]()
Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut menyiasat suspek mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang untuk siasatan dijalankan secara telus.
Kreidt: Facebook Polis IPD Sibu