Seorang pemandu lori pembancuh simen dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung sebelum kenderaan berat dipandunya hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kereta serta tiang lampu di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, kelmarin.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSU7HdLST/

Pemandu Lori Disyaki Diserang Jantung Sebelum Rempuh Tiang & Kenderaan 

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari itu turut dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial. Difahamkan, lori berkenaan meluncur laju di jalan utama berhampiran kawasan sekolah, menyebabkan orang ramai panik kerana bimbang keselamatan pelajar yang baru tamat sesi persekolahan.

Saksi kejadian, Afisah Ibrahim, berkata ketika insiden berlaku, dia bersama dua anak lelakinya berusia empat dan tujuh tahun berhenti di sebuah kedai berhampiran untuk membeli pulut ayam selepas menjemput anaknya dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

“Saya ternampak pemandu lori seperti tertunduk di atas stereng sebelum lori itu tiba-tiba bergerak dan melanggar beberapa kereta serta tiang lampu,” katanya. Menurutnya, dia panik apabila menyedari lori berkenaan hampir merempuh keretanya yang masih mempunyai dua anak di dalam.

“Syukur kereta saya terselamat, tapi jaraknya sangat dekat. Saya terus hubungi talian kecemasan kerana bimbang pelajar sekolah berhampiran turut terlibat,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa disyaki diserang jantung sebelum kehilangan kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bukan kemalangan maut. Siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya.

Kredit: Sinar Harian

 

 

 

[fbcomments]