fbpx

Pelakon kacak Remy Ishak bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi. Remy berkongsi keterujaannya bakal bergelar bapa disamping raya tidak percaya.

Dia juga bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya nanti lebih-lebih lagi dengan cabaran dunia hari ini.

“Zaman sudah berbeza dan itu antara yang membuatkan saya risau dalam nak mendidik seorang anak.”

“Memang mencabar sebab takut tersilap mendidik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri.”

Apabila ditanya tentang nama anak, Remy mengaku sudah menyediakan sebuah senarai nama untuk anak lelaki dan perempuan sejak belum berkahwin lagi.

“Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih. Kalau dapat bayi perempuan nama apa, lelaki pun ada senarai.”

“Saya dah berbincang dengan isteri mengenai nama-nama yang saya suka. Dia jenis ‘sempoi’ jadi tak ada masalah.”

“Sejak dulu saya memang suka cipta gabungan nama saya suka tapi bukan merujuk pada individu tertentu,”katanya lagi.

Sekadar info, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

[fbcomments]