Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menjadi tular apabila memaparkan pertemuan semula penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil TokTi, dengan seorang individu yang memainkan peranan penting dalam permulaan kariernya.
![]()
Mengimbau Detik Awal Karier, Datuk Siti Hargai Pemandu Teksi Lama
Menurut hantaran daripada Yayasan Nurjiwa, lelaki berkenaan bukanlah orang asing, sebaliknya beliau adalah pemandu teksi yang pernah membawa Tokti ketika menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu. Pertemuan itu mengimbau kembali detik-detik awal perjalanan seni TokTi di mana pak cik tersebut menjadi saksi kepada permulaan perjalanan ‘permata’ negara ini meniti kejayaan.
Foto-foto yang dikongsi menunjukkan keperibadian rendah diri Datuk Siti. Walaupun kini bergelar bintang besar dan dikenali ramai, beliau tetap menghormati pak cik tersebut dengan penuh sopan. Anak beliau, Afwa, turut kelihatan bersalaman dengan pak cik itu, menambah kesan hangat kepada pertemuan tersebut.
![]()
Rata-rata warganet meluahkan rasa kagum kerana Datuk Siti masih menghargai individu yang pernah membantunya ketika beliau belum memiliki apa-apa, membuktikan bahawa kejayaan tidak pernah mengubah sifat hormat dan rendah diri beliau. Netizen turut memuji cara Datuk Siti menyantuni pak cik berkenaan dan ramai menyifatkan tindakan itu sebagai inspirasi kepada generasi muda agar tidak melupakan jasa mereka yang membantu di awal kejayaan.
![]()
Kredit: Threads yayasan.nurjiwa