Sebuah restoran steamboat menjadi sasaran kritikan hebat selepas memuat naik sebuah video yang dianggap mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kontroversi ini bermula apabila usahawan OKU, Amir Azam, berkongsi video tersebut di laman akaun TikTok miliknya.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYwMx13P/
Ajukan Jadi OKU Bertukar Kecaman, Pihak Restoran Mohon Maaf
Dalam video itu, beberapa pekerja restoran dilihat berperilaku seperti individu yang mengalami masalah fizikal ketika menjalankan tugas di kedai makan mereka.
Amir Azam yang berasa tersinggung dengan video tersebut menegur tindakan pihak restoran, menyeru mereka untuk lebih peka dan sensitif terhadap isu yang melibatkan golongan OKU.
“Dah normal, tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun TikTok, saya harap boleh padam video berkaitan, mengejek-ngejek fizikal seseorang individu OKU. Isu sensitiviti OKU. Content sebegini tidak patut ditunjukkan kepada umum, apatah lagi untuk mempromosikan kedai anda,” tegurnya.
Akibat daripada kecaman yang diterima, pihak restoran segera membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam sebuah video penjelasan yang dimuat naik di laman sosial, pihak restoran menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk menghina golongan istimewa tersebut. Mereka mendakwa hanya meniru trend yang sedang popular di TikTok tanpa sebarang niat negatif.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYwr6NvT/
“Kami memohon maaf kepada semua netizen di luar sana berhubung video yang sedang tular ini. Kami tidak berniat langsung untuk menghina atau mengejek golongan OKU. Kami hanya sekadar meniru content lain yang sedang tular. Saya harap netizen dapat memahami penjelasan kami,” jelas pihak kedai terbabit.
Menurut penjelasan tersebut, content yang dihasilkan adalah berdasarkan trend di mana pekerja melakukan gaya tidak normal untuk mengelakkan kelihatan menarik di tempat kerja.
Semakan mendapati bahawa trend tersebut banyak dilakukan oleh pengguna TikTok dari negara jiran. Bagaimanapun, tindakan ini tetap menimbulkan reaksi negatif dari masyarakat yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap golongan OKU.
Kredit: TikTok achiksteamboat_shellout, TikTok amirazam94