Sejak kebelakangan ini, seorang TikToker yang dikenali sebagai Meonsticker sering menjadi perbualan ramai apabila cara beliau membuat reviu makanan dikatakan menjijikkan dengan mengenakan pakaian yang lusuh sambil menunjukkan ketiaknya yang dilihat ‘hitam’.
@meonsticker85 PARI PARI IBLIS #FORYOU #FYP #LIVEFest2023 #asmrsounds #mukbangeating
Tak Ambil Hati Dengan Netizen Dan Sedia Terima Kecaman
Berdasarkan temu bual Meon atau nama sebenarnya Mohd Suhaimie Ramli, 38 bersama media, difahamkan Meon sejak awal lagi sudah bersedia untuk dikecam dan dijadikan perbualan netizen. Namun niatnya berbuat demikian hanyalah satu, iaitu agar masyarakat tidak meniru aksi yang dilakukan sepertinya.
“Terus terang saya memang dah sedia untuk terima kecaman, bermakna saya kena terima apa sahaja impak atau kesan daripada video yang saya lakukan. Sebenarnya ketiak hitam itu menjadi satu simbolik yang agak menjijikkan sehingga masyarakat fikir kenapa saya buat macam itu. Jadi daripada video saya buat itu, mak ayah di luar sana akan nasihat anak mereka supaya tidak ikut aksi saya sebab tak baik,” katanya.
Tak Sangka Konten Dapat Perhatian Netizen
Sementara itu, Meon mendedahkan bahawa rezeki yang diperolehnya amat diluar jangkaan kerana beliau tidak menyangkakan konten yang dibuat semata-mata itu mendapat perhatian ramai, sejurus membantunya untuk berkembang dengan lebih baik dari sebelumnya.
“Sebelum mukbang memang saya ada buat job review, masih diteruskan macam biasa. Tapi syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang datang macam ni.. saya pun tak tahu benda ni boleh jauh pergi sampai macam ni, Alhamdulilah.. Saya boleh cakap syukur Alhamdulilah,” ujarnya.
Tambahnya juga, baju lusuh yang digunakan adalah prop untuk konten nya dan ianya tidak boleh dibasuh menggunakan mesin, namun Meon mencuci secara manual kerana takut baju tersebut akan terlerai akibat terlalu lusuh.
Kredit: mStar