fbpx

Selepas pemergian suami, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali nampaknya makin cekal bangkit semula meneruskan kehidupan mencari rezeki buat keluarganya.

Menerusi laporan Gempak, Hidayah kini sedang bergiat aktif dalam perniagaan kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.

Alhamdulillah sambutan baik

Menurut Hidayah, dia meluahkan rasa syukur dengan sambutan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus kunjung untuk membeli.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan…”

Semoga perniaggan Hidayah terus maju, dapatlah dia menjalani kehidupan yang lebih bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

[fbcomments]