fbpx

Bapa kepada bayi berusia 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik sebak dan terharu apabila dia menerima sebuah kereta daripada seorang pengusaha kedai automotif dengan niat untuk membolehkannya membawa anak-anak dan keluarga berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan tanpa berpanasan lagi.

Video di bawah:

https://www.facebook.com/reel/1551730059114215

Terima Bantuan Kereta Untuk Keperluan Keluarga

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @DanielFirdaus di laman Facebook, beliau meluahkan rasa syukur kerana proses penyerahan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd Azlan Ishak, 26, dipermudahkan.

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya.

Daniel turut mendedahkan sebelum ini, Azlan juga pernah mengunjungi premisnya untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 untuk keperluan keluarganya. Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.

Sebak Dan Terharu Kerana Ramai Pihak Menghulurkan Bantuan

Menerusi video yang dikongsikan itu, Azlan terlihat sebak ketika menerima kenderaan tersebut sambil memeluk pengusaha kedai berkenaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang turut terharu dengan tindakan pengusaha kedai tersebut yang sanggup membantu Azlan disamping ramai yang mendoakan kebaikan buatnya.

Kredit: Facebook Daniel Firdaus

[fbcomments]