Kejadian ribut kuat yang didakwa puting beliung melanda kawasan Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang, Selangor petang semalam mengakibatkan seorang wanita dan sembilan pelajar cedera, selain beberapa struktur bangunan runtuh serta bumbung diterbangkan angin.

@utusantvofficial

15 OKT 25: Beberapa kawasan di sekitar Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang dilanda ribut kuat, petang tadi. Menerusi beberapa video tular di media sosial, kejadian itu telah mengakibatkan kerosakan di sekitar kawasan terbabit termasuk sekolah. #ribut #telokpanglimagarang #sijangkang #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

Ribut Kuat Landa Sijangkang Jaya, 10 Cedera Termasuk Pelajar Sekolah

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas bergegas ke lokasi.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan bangunan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang runtuh dan seorang wanita berusia 51 tahun terperangkap di bawah timbunan struktur tersebut. Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pada jam 5.05 petang dalam keadaan sedar dengan kecederaan di bahagian pinggang dan paha sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Ribut itu turut menjejaskan sebuah surau KAFA berhampiran, di mana tujuh hingga sembilan pelajar dilaporkan cedera ringan. Kesemua mereka kini dirawat oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Selain itu, beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik cemas ketika bumbung Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya diterbangkan angin kencang, sementara pokok tumbang dan bumbung rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Kredit: Majoriti Official, TikTok UtusanTV

 

[fbcomments]