Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai pakar servis motosikal mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah menyentuh hati apabila membantu seorang penghantar makanan yang mengalami kerosakan motosikal dalam keadaan serba kekurangan.

@minyakhitamjalanan_

Cerita ptg semalam, mase tu aku dekat tasik Ikea Damansara, mmg lepas pukol 5ptg aku selalu akan balik rumah dulu amik minyak hitam yang dah jual di tasik Ikea, aku baru je nak jalan ade seorg abg ni call.. Abg: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke rantai saya tersangkut, dekat spoket blkg, boleh ke abg tolong saya.. 🧑🏻‍🔧: w’asalam ye abg, abg bagi location & gambar dekat mana.. Abg food: baik abg, nanti saya bagi location & gambar.. saya pun dah tak tahu nak buat ape ni, ade dua tiga org berti tapi tak blh nak buat.. ” Abg ni bagi location, aku tgok location dekat highway LDP, aku video call dia, sekali jalan sekali aku nak balik rumah” 🧑🏻‍🔧: ok abg tunggu kjap dalam 3 4min saya sampai.. Abg food: baik abg saya tunggu abg tepi jalan ni.. ” Aku sampai² je dia cakap dgn aku” Abg food: rantai tersangkut abg, saya jatuh motor dekat depan tu selamat la takde kerata blkg saya tadi, 🧑🏻‍🔧: alhamdulillah selamat abg takde ape² sgt.. Abg food: abg bukak rantai tu, nanti saya suruh kawan saya datang tolak dekat ruma.. barang saya dah beli tapi takde Mase nak pasang.. ” Dalam hati aku cakap, dia ni tak cukup duit ni, dgn brak pad pun abis langsung, aku Tuka brak pad dia, dalam 2 3min dia call isteri mungkin suruh bank in..sebab tadi dia kata saya baru dua Oder abg, ni pun Oder rm3.50 je, dalam hati aku, takpe mungkin rezeki abg ni, aku pakai la duit infaq sebelum ni ade lagi.. dia btl² memerlukan.. aku dah siap Tuka brek pad dia, abg sekali la Tuka rantai.” ” Aku pun Tukar rantai ape semua, sekali tgok muke dia macam cerita papa Zola plk, aku pun cakap la tak payahlah bayar anggap la rezeki, Ya Allah dia terus menangis 😭, aku pun sekali menangis 😭 Allahu Akbar 😔” “Aku jalankan amanah orang yang sungguh berat bagi aku, ya Allah engkau permudahkan urusan abg ni & terus kuat mencari nafkah amin²🤲🏻” #fyp #alhamdulillah #masukberandafyp

♬ original sound – romiez – romiez

Rider Menangis Dibaiki Tanpa Caj Selepas Mengaku Pendapatan Terlalu Sedikit

Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok menggunakan akaun minyakhitamjalanan, individu berkenaan memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu bekerja. Ketika itu, dia menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang penghantar makanan yang memaklumkan motosikalnya mengalami masalah apabila rantai tersangkut pada sproket belakang.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, dia meminta lokasi dan terus menuju ke tempat kejadian. Setibanya di lokasi, penghantar makanan berkenaan memintanya untuk membuka rantai motosikal sahaja kerana rakannya dikatakan akan datang membantu menolak motosikal tersebut pulang ke rumah. Namun, individu itu menyedari keadaan penghantar makanan tersebut yang dipercayai tidak mempunyai wang mencukupi, ditambah pula dengan keadaan brek motosikal yang sudah haus.

Keadaan menjadi lebih menyentuh perasaan apabila individu berkenaan mendengar penghantar makanan itu menghubungi isterinya, dipercayai untuk meminta bantuan kewangan. Difahamkan, penghantar makanan tersebut memaklumkan bahawa dia hanya sempat menyiapkan dua penghantaran pada hari berkenaan dengan pendapatan sekitar RM3.50 sahaja.

Susulan itu, individu tersebut mengambil keputusan untuk membaiki motosikal berkenaan termasuk menukar rantai tanpa mengenakan sebarang bayaran. Katanya, dia menggunakan wang infaq yang dikumpulkan sebelum ini bagi membantu penghantar makanan tersebut yang disifatkannya benar-benar memerlukan. Situasi itu menyebabkan kedua-dua mereka tidak dapat menahan sebak dan menangis di lokasi kejadian.

Dalam perkongsian sama, individu berkenaan turut mendoakan agar urusan penghantar makanan tersebut dipermudahkan serta diberi kekuatan untuk terus mencari rezeki demi keluarga.

Perkongsian berkenaan menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji keikhlasan individu tersebut selain turut mendoakan kesejahteraan penghantar makanan berkenaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi hidup yang hampir sama.

Kredit: TikTok minyakhitamjalanan

 

[fbcomments]