Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengaku rimas apabila kerap ditanyakan soalan mengenai pengganti arwah isterinya, Siti Sarah.
Menurut laporan Harian Metro, Shuib cuba memandang pertanyaan kurang sensitif itu dari sudut positif.
“Rimas juga. Kadang-kadang saya jadi sensitif. Bila keluar, orang tanya dah ada pengganti? Ia sangat sensitif.”
Orang tak tahu kalau kita sedih.
“Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup kita, kalau kita sedih atau apa, bukan orang tahu.”
“Saya pun tak tahu nak cakap, sama ada orang tak faham atau apa. Tapi, saya lihat dari sudut positif, mungkin orang ambil berat” tambahnya.
Shuib juga terkilan dengan perangai sesetengah individu yang senang membuat spekulasi sendiri. Bila ditanya tentang hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Watie Hanifah, Shuib meluahkan perasaan kecewanya.
“Walapun belum tahu dia orang bagaimana, orang luar sudah mula membuat spekulasi.”
“Muka garang? Saya tak fahamlah bila ada yang kata, ‘ini kalau jadi mak tiri, mesti garang’. Orang dah menghakimi terlebih dulu,” katanya.”
“Bila artis lain berkahwin semula selepas kematian pasangan, tidak pula timbul sebarang isu.”
Shuib percaya mungkin ramai yang ambil berat tentang dirinya. Cuma tekannya, dalam rumah tangga hanya diri sendiri yang tahu keadaan sebenar. Baginya orang luar hanya nampak luaran saja.
Sumber: Harian Metro