Kalau korang nak tahu, biasanya banduan yang dimasukkan ke dalam penjara disebabkan kesalahan merogol kanak-kanak ni biasanya memang akan kena pukul secara berjemaah dengan banduan-banduan yang lain. Biasanya si perogol ni memang akan selalu lah jadi mangsa pukul!

Begitu juga yang terjadi di negara jiran kita di Indonesia, seorang lelaki menemui ajal selepas baru sehari dimasukkan ke dalam penjara.

Baru masuk dah maut dibelasah banduan lain

Difahamkan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan polis selepas isterinya sendiri membuat laporan bahawa anak perempuannya yang berusia 14 tahun telah dirogol oleh suaminya itu sehingga mengandung!

Menerusi laporan Tribun News, lelaki itu ditemui tidak bernyawa dengan terdapat kesan lebam dan luka di badan dipercayai dibelasah beramai-ramai oleh tahanan lain semasa hari pertama di masukkan ke dalam penjara.

Mencetus kemarahan banduan lain

Menurut Ketua Polis Serdang Bedagai, AKP Robin Simatupang, para banduan yang lain disitu dapat tahu perbuatan keji lelaki terbabit dan berasa marah dengan tindakannya itu sehingga menyebabkan banduan-banduan yang lain bertindak memukul mangsa hingga maut ketika berada di dalam tahanan.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 6.10 pagi waktu tempatan. Berikutan daripada kejadian itu, beberapa orang tahanan telah dipanggil untuk disoal siasat.

[fbcomments]