fbpx

Seorang lelaki yang juga bergelar bapa dilaporkan bakal dihukum penjara selama 20 tahun beserta lima sebatan oleh Mahkamah Syariah semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya selama 8 tahun hingga melahirkan anak.

Tertuduh Mengaku Bersalah Dan Hanya Mengangguk Faham

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan teruduh hanya mengangguk faham dan tidak menyuarakan sebarang bantahan ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Kamil Nizam pada Rabu semalam.

“Walaupun anda mengaku bersalah, mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.

“Sebagai seorang ayah, anda sepatutnya menjaga anak tetapi sebaliknya anda menyebabkan kesengsaraan dan trauma kepadanya.

“Mahkamah juga mengambil maklum Parlimen sudah meminda undang-undang untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat bagi jenayah sedemikin,” kata hakim Mohamad Kamil.

Fakta Kes

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan perbuatan jijik itu di sebuah rumah di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada November 2022.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mohamad Kamil turut menambah mahkamah telah mengambil maklum mangsa hanya membuat aduan selepas ibu bapanya ditahan atas kes dadah.

Timbalan pendakwa raya M. Kalaivaanan meminta mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kerana tertuduh merogol mangsa berulang kali sehingga melahirkan anak tidak sah taraf pada Ogos tahun lalu.

Untuk rekod tertuduh merogol mangsa sejak dia berumur 12 tahun dan kini mangsa berusia 20 tahun.

“Walaupun tertuduh mengaku bersalah, ini tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk tertuduh diringankan hukuman.

“Saya mewajibkan mahkamah menjatuhkan hukuman berat daripada segi pemenjaraan dan sebat untuk menghantar mesej jelas kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan sumbang mahram seperti ini,” katanya.

Tertuduh merayu hukuman ringan kerana dia mempunyai empat orang anak dan isterinya menghidap penyakit kencing manis serta jantung.

Tarikh 4 Julai ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Kredit: Berita Harian

 

 

[fbcomments]