Seorang wanita dilaporkan telah menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lima orang lelaki, dipercayai kejadian berlaku di sebuah kediaman di Wangsa Maju pada 30 Ogos lepas.

Polis Sedang Buru Saksi
Berdasarkan sumber yang dipetik dari Buletin TV3 dan Berita Harian, Muhammad Nurrafiq Jaafar, 29, merupakan seorang saksi yang beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Susulan daripada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid meminta kepada orang ramai jika mereka mempunyai sebarang maklumat berkenaan info di atas boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, iaitu Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.
Difahamkan, pihak polis sudah mengenal pasti kesemua suspek dan kini usaha mengesan sedang dijalankan. “Siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal pagi, semalam yang mana kira-kira lima lelaki masuk ke rumah mangsa yang berusia 20-an dan merogolnya”, jelasnya.
Mangsa Sedang Tidur Tersedar Apabila Mulut Ditutup Dengan Suspek
Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada jam kira-kira 3.30 pagi dan mangsa yang berusia 27 tahun berkenaan sedang nyenyak tidur sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek. Tangan si mangsa kemudiannya diikat, manakala mulut mangsa pula ditutup dengan pita pelekat sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Apa yang lagi kejam susulan kejadian ini adalah perbuatan terkutuk tersebut juga telah dirakam oleh suspek.
Kejadian berlaku ketika kakak mangsa tiada di rumah sejak beberapa minggu yang lalu akibat perselisihan faham bersama abang ipar mangsa. Selepas mangsa diperkosa, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan lebam pada tangan akibat tragedi yang menimpa dirinya.
Mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan kini kes bakal disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kredit: Buletin TV3, Berita Harian