fbpx

Pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang dipercayai menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/p/DA8LzjNSm3Y/?igsh=OHZia2MyeXJ6dDho

Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Rosyam, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, dilihat bersama peguamnya selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Pudu.

Melalui video yang sama, Rosyam Nor turut berkongsi beberapa gambar akaun media sosial yang dipercayai menyebarkan fitnah tersebut.

“Assalamualaikum, saya bersama peguam saya Encik Aizul dah buat laporan polis berkenaan dengan beberapa hantaran (fitnah) yang tersebar di media sosial yang telah pun mengaibkan saya.

“Hantaran tersebut telah memfitnah serta mengaitkan saya dengan Fattah Amin dan juga Fazura,” jelas Rosyam dalam video tersebut.

Selain itu, Rosyam turut berterima kasih kepada peguamnya, Encik Aizul, atas khidmat nasihat dan bantuan yang diberikan dalam menangani situasi ini.

“Terima kasih warga Balai Polis Pudu dan peguam saya, Encik Aizul. Banyak pula akaun media sosial yang terbabit dan terlibat,” tambahnya.

Sebelum ini, Rosyam menyatakan rasa kecewa dengan tindakan beberapa individu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.

Pelakon berusia 57 tahun itu turut berkongsi tangkapan skrin kenyataan palsu yang dikaitkan dengan dirinya, kononnya memberi ‘nasihat tegas’ kepada Fattah Amin mengenai perceraian dengan Nur Fazura.

Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah mencalar reputasinya sebagai seorang selebriti.

Kredit: Instagram iamrosyam

 

[fbcomments]