Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewa apabila katil mahal yang dibelinya dari penjual tempatan tidak berkualiti.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok beberapa hari lepas, Che Ta meluahkan rasa kecewanya dengan produk lokal tersebut.
Difahamkan, aktres itu ingin menunjukkan sokongan kepada produk tempatan tetapi kesal apabila harga perabot yang mahal itu tidak bersesuaian dengan kualiti perabot tersebut.
“Macam mana nak support produk local kalau harga berdentum tapi tengok la kualiti dia! Ni baru tunjuk bucu, belum pusing kelililng katil lagi .. sakit betul hati kiter”
Harga katil hampir 10 ribu
Sambil menunjukkan rakaman katil baharunya itu, aktres berusia 50 tahun itu sempat mengomel akan hasil kerja perabot tersebut.
“Beli katil harga nak dekat RM10,000 tapi workmanship macam ta*k. Apa punya kualiti pun tak tahu lah.“
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sependapat dengan Che Ta dan bersimpati akan perkara tersebut.


Sumber: TikTok