fbpx

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila perbualan di antara Ruhainies dan Aliff Aziz di aplikasi Whatsapp diketahui khalayak umum sekaligus mendedahkan mereka adalah pasangan kekasih.

Selepas lama berdiam diri, Ruhainies akhirnya membuka mulut berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah.

Ruhainies Tampil Mohon Maaf

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, dapat dilihat Ruhainies dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada Bella dan bersedia untuk bersemuka demi menjernihkan semula kemelut yang berlaku diantara mereka.

Menurut Ruhainies, tindakan beliau memilih untuk berdiam diri selama ini adalah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiya atau menidakkan. Tetapi dengan nak elak berlaku pergaduhan dalam media sosial dan memanjangkan lagi isu yang sedang berlaku.

“Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf kepada Bella Astillah di atas segala perkara yang sudah berlaku.

“Saya bersedia untuk berjumpa untuk menjernihkan segalanya jadi kita boleh tutup buku lama tentang cerita ini dan ‘move foward’ ke hadapan supaya semuanya kembali gembira,” tulisnya.

Ruhainies Turut Mahu Berjumpa Dengan Kekasih Gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine

Sementara itu, dalam hantaran yang sama juga Ruhainies turut memohon maaf kepada individu bernama Sarah Yasmine yang sebelum ini mengaku dirinya adalah kekasih kepada aktor Aliff Aziz sejak Januari lalu.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada beberapa pihak yang turun terlibat. Saya juga ingin mengajak Sarah Yasmine untuk berjumpa.

“Supaya boleh jelaskan segalanya dan selesaikan perkara ini. Saya harap Bella dan Sarah beri peluang.

“Sekali lagi dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf kepada Bella Astillah dan Sarah Yasmine,” ujar Ruhainies di akhir kata.

Kredit: Instagram ruhainies7

[fbcomments]