Gangguan misteri tidak lagi aneh kerana ianya sememangnya wujud dan kebanyakan orang pasti akan mengalami pengalaman misteri sebegini sekali seumur hidup. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @Aslidawati922 berkongsi hantaran yang dimuatnaik olehnya berkenaan tentang kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.

Sebelum Ni Memang Dah Rasa Pelik Dalam Bilik Tapi Tak Percaya
“Sebelum ini memang aku dan suami dah rasa semacam kat rumah ni, especially dalam bilik kami, tapi kami tetap denied dan cuba untuk sedapkan hati. Mungkin perasaan kami sahaja. Tapi semalam kami decided nak check betul ke apa yang kami rasa selama ini. Jadi kami taburkan biji kacang hijau di setiap penjuru bilik dan ruang tamu”, ujar kapsyen yang ditulis dalam hantara tersebut.
Setelah mereka taburkan biji kacang hijau tersebut, kejadian aneh berlaku dimana mereka yang menaburkan biji-biji kacang itu secara bertaburan, ia dilihat kemas dan selonggok selepas dibiarkan selama satu jam.
“Terus meremang gila satu badan.. Tak percaya tapi benda berlaku depan mata. Kacang yang berselerak tadinya menjadi selonggok (tanda-tanda ada penghuni lain disitu)”, jelas beliau yang dilihat ketakutan melalui kata-kata yang ditulis olehnya.
Petua Kacang Hijau Dapat Dari Ustaz Ayub Ariffin
“Selepas kami azankan dan taburkan garam kasar, longgokkan kacang tadi kembali bertaburan.. dan seluruh bilik terasa seram yang melampau. Tiba-tiba teringat keguguran aku baru-baru ini.. Adakah berkait, wallahuaalam”, tulisnya lagi di kepingan terakhir.
Boleh Guna Cara Ini Untuk Tahu Keberkesanan
Meninjau di ruangan komen beliau, kebanyakan netizen juga pernah melakukan cara yang sama untuk mengetahui “keberadaan” makhluk halus yang berada di rumah mereka. Dan mereka semua bersependapat bahawa cara ini sangat berkesan.


Kredit: TikTok Aslida Wati922