fbpx

Tiga beranak dilaporkan maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau pada hari ini.

Ibu & Dua Anak Lelaki Maut

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau iaitu Mohd Faris Mansor memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.06 pagi.

Katanya, anggota bergegas ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

“Sebaik tiba, didapati api marak dan kita terima maklumat terdapat tiga mangsa terperangkap di dalamnya.

“Penugasan pemadaman turut membabitkan tiga jentera tangki air selain mengawal api daripada merebak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Difahamkan, dua daripada mangsa adalah adik beradik dan seorang lagi ialah ibu mereka.

Mangsa Terselamat Pitam Selepas Terkejut Dengan Kejadian Yang Menimpa Keluarganya

Mohd Faris turut menambah, dua mangsa ditemukan di tingkat bawah manakala seorang lagi di tingkat atas.

Katanya, kebakaran mencetuskan asap tebal kerana ia membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu bersama tiga anaknya yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berada di dalam rumah itu.

“Pada mulanya, ibu bersama dua anak lelaki berjaya keluar dari rumah namun sebaik menyedari bahawa adik perempuannya tidur di tingkat atas, anak lelaki dan ibunya masuk semula menyebabkan mereka berdua turut terperangkap,” ujarnya.

Sementara itu, mangsa yang terselamat iatu anak kedua daripada tiga beradik kelihatan pitam di lokasi beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]