Usahawan terkenal iaitu Hafiz Mahamad baru-baru ini tampil memberikan sumbangan bernilai RM30,000 kepada keluarga yang kehilangan rumah mereka selepas kediaman mereka hangus dijilat api dua hari sebelum menjelangnya Ramadan.

@hafizmahamad

Ramai yg sayang Abah, terima kasih beri saya peluang untuk membantu pada Ramadhan ni 🤍

♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Hulur Bantuan RM30K

Menerusi video yang dimuat naik Hafiz di laman TikToknya, dapat dilihat Hafiz turun ke kawasan kediaman mangsa yang terletak di Jalan Lahar Yoor, Pulau Pinang untuk melihat sendiri keadaan yang menimpa keluarga mangsa.

Setelah berjumpa dengan keluarga mangsa kebakaran, Hafiz dilihat mengeluarkan cek yang bernilai RM30,000 dengan harapan sumbangannya mampu meringankan sedikit beban yang mereka sedang alami sekarang.

“Kuat semangat ya, insya-Allah semua ini akan selesai. Jangan fikir banyak-banyak. Gunalah sebaiknya, saya keluarkan RM30,000 ini untuk anda sekeluarga. Tak banyak saya dapat bagi tapi harap cukup meringankan untuk kos pembinaan rumah nanti.

“Ikhlas daripada saya dan doakan saya agar tidak sombong dan sentiasa ingat pemberi rezeki saya dan sentiasa berkongsi dengan mereka yang memerlukan,” katanya kepada individu yang dipanggil Abah.

Dalam pada itu, Hafiz yang turut datang bersama seorang kontraktor, dipercayai kenalan daripada keluarga tersebut memaklumkan bahawa rumah baharu mereka dijangka siap sepenuhnya pada Hari Raya Aidiladha kelak.

Reaksi Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan perkongsian Hafiz itu dan mereka juga tidak lupa untuk mendoakan agar Hafiz sentiasa dimurahkan rezeki, selain mendoakan semoga urusan keluarga berkenaan dipermudah.

Kredit: TikTok hafizmahamad

[fbcomments]