fbpx

Memiliki sebuah rumah bagaikan hidup di sebuah tempat yang amat selamat dan terlindung. Namun baru-baru ini sebuah tragedi yang tidak disangka berlaku dimana puluhan rumah kediaman penduduk musnah akibat letupan di sebuah gudang mercun pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pekan Munduk, Thailand dan sembilan individu dilaporkan maut, manakala puluhan yang lain tercedera akibat kebakaran berpunca dari letupan di gudang terbabit.

@buyongdebab

Hebat sungguh kuasa Allah 😭😭 semoga ore munduk kuat semangat . #fypシ #kebakaran #mercun #munduk

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Rumah Musnah Tapi Bingkai Ayat Quran Kekal Utuh

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @MadihahhShop di laman TikTok, beliau adalah salah seorang penduduk yang ditimpa tragedi kebakaran ini. Melihat isi videonya, ia memaparkan keadaan rumahnya yang musnah hampir secara keseluruhan akibat kejadian tersebut.

Namun apa yang menarik di sini, sebuah bingkai ayat Qursi yang masih kekal tergantung di dinding langsung sama sekali tidak diganggu oleh bara api. Bahkan, ia kelihatan seperti baru dan tiada cacat cela yang dilihat. “Saya pun tak pasti macam mana. Ni ayat (bingkai) ni, rumah saya seteruk ni, awak boleh tengok sendiri rumah saya teruk tapi ayat ini yang duduk di sini masih baik”, ujarnya.

Ahli Keluarga Cedera Ringan Dan Berjaya Selamatkan Diri

“Alhamdulilah famili selamat semua. Masa kejadian ada nenek di rumah, saya sedang kerja di Rantau Panjang. Saya duduk kedai, tempat kerja. Nenek saya luka sikit, merangkak keluar, bumbung jatuh atas dia. Masa tu tengah tunggu solat, dia puasa masa tu. Dia duduk dengan cucu seorang lagi”, jelasnya lagi.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat kagum dengan keajaiban Allah yang melindungi ayat suci itu.

Kredit: TikTok Madihahh Shop

[fbcomments]