Gelombang kedua wabak COVID-19 telah menyaksikan lebih 1000 kes telah dicatatkankan positif wabak COVID-19 di Malaysia dengan angka kematian seramai tiga orang.
Gelombang kedua dilihat semakin parah selepas, satu himpunan tabligh diadakan di Sri Petaling, yang menghimpunkan dan melibatkan hampir 5,000 peserta yang datang dari pelbagai negara.
Ini punca jemaah tabligh berjangkit Covid-19?
Namun, satu desas desus yang mengatakan bahawa seorang pesakit positif COVID-19 yang dikenali sebagai pesakit 136, merupakan punca kepada gelombang kedua yang terjadi di Malaysia ini.
Pesakit ini dikatakan telah menyertai himpunan jemaah tabligh di Sri Petaling sejurus pulang dari Korea tanpa kuarintinkan dirinya terlebih dahulu.
#patient136 jadi trending di laman Twitter
Turut tidak ketinggalan, pesakit 136 kini turut trending dikalangan pengguna laman Twitter. Ramai yang kelihatan sangat kecewa dan berang dengan tindakan lelaki ini sehingga menyebabkan ramai yang menderita.