Perkongsian terbaharu oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, meraih perhatian ramai apabila dia dilihat membimbing isterinya, Maryam Younarae, membaca Al-Quran dalam suasana tenang selepas menunaikan solat berjemaah bersama keluarga kecil mereka.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSh2BFerL/
Ryzal Ibrahim Dipuji Netizen, Bimbing Isteri & Anak Mendalami Al-Quran
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim kelihatan duduk bersama Maryam dan anak perempuan mereka, Rina, sambil memimpin bacaan Al-Quran.
Momen itu bukan sahaja memperlihatkan peranannya sebagai suami yang bertanggungjawab, malah turut menjadi detik awal pendedahan kepada anaknya dalam mendalami nilai-nilai agama Islam.
![]()
Tindakan Ryzal itu mendapat reaksi positif daripada para netizen yang rata-ratanya memuji kesungguhan dan kesabarannya dalam memimpin keluarganya ke arah kehidupan yang lebih berlandaskan agama. Tidak kurang juga yang menyatakan rasa terharu melihat cara Ryzal membimbing isteri dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Lebih mencuit hati, gelagat comel Rina sepanjang sesi tersebut turut menceriakan suasana dan menghiburkan para penonton.
![]()
Kredit: TikTok ryzalibrhm